Kes PAC Jawatankuasa_Kira-Kira_Wang_Negara

Tol lebuh raya

Pada 25 November 2007, PAC mencadangkan kerajaan Malaysia membeli saham semua lebuh raya yang beroperasi di Malaysia. [1]

Pada 22 November 2007, Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu menyatakan bahawa kerajaan terpaksa membayar pampasan RM380 juta jika kadar tol tidak dinaikkan pada 1 Januari 2008 dan 1 Oktober 2008.

Jumlah yang Kerajaan Malaysia perlu bayar kepada pemegang konsesi tol ialah:

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) merupakan sebuah lebuh raya akan dibina pada 2008 di Johor Baharu dengan kos RM977 juta. Lebuh raya sepanjang 8.1 km ini menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Chagar dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan terpaksa memindahkan 2600 keluarga dari 7 buah kampung di situ . kerajaan negeri Johor, Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) dan Tebrau Teguh Bhd bertanggunngjawab terhadap pembinaan lebuh raya dan pemindahan penduduk di situ.[3]

Pembelian helicopter Eurocopter

Pada 3 November 2008, Pengerusi PAC, Datuk Azmi Khalid mengumumkan pembelian helikopter Eurocopter yang telah digantung, sebenarnya tidak berlaku sebarang penyelewengan. Memang berlaku pemeriksaan fizikal tidak dilakukan ke atas 12 helikopter Eurocopter yang hendak dibeli oleh Kementerian Pertahanan itu.[4]

Kehilangan Enjin Jet TUDM

Pada 26 Januari 2010, PAC memutuskan bahawa kes kecurian enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007 tiada kaitan dengan pegawai kanan TUDM. Memang ada kelemahan dalaman TUDM tetapi bukan penyelewengan pegawai atasan. Pemecatan seorang Brigedier Jeneral pada 2009 tidak ada kena-mengena dengan kes kecurian enjin jet . Dua enjin jet itu didapati hilang semasa dalam simpanan Bangunan Material Processing Shed (MATRA 1), Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi. Harga enjin hanya RM300,000 setiap satu dan bukannya RM50 juta . MATRA 1 menyimpan lebih 400 ribu alat ganti dan peralatan milik TUDM. Tidak ada peralatan lain yang hilang. Sistem inventori berkomputer akan digunakan bagi mencegah kehilangan pada masa depan.

Sidang media diberikan oleh Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM Jen Datuk Seri Rodzali Daud.[5]